Sektor Pemborongan & Peruncitan

by Super User
in Updates
Hits: 523

Menyokong sepenuhnya untuk mewujudkan rangkaian pasaraya koperasi sebagai medium pasaran produk keluaran koperasi merupakan antara lapan resolusi Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA.

Berikut adalah tujuh lagi resolusi Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA:-

1. Melantik dan mengiktiraf ANGKASA sebagai Peneraju dalam Jawatankuasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan.

2. Memohon kepada kerajaan memudahkan pemberian kuota bersubsidi kepada gerakan koperasi.

3. Memohon kerajaan untuk mengkaji semula akta dan peraturan sedia ada untuk membolehkan koperasi terlibat dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan.

4. Memohon agar kerajaan memperuntukkan dana khas kepada gerakan koperasi untuk pembangunan Sektor Pemborongan dan Peruncitan.

5. Memohon kerajaan memberi dan memperuntukkan lebih banyak ruang kedai perniagaan (shop lots)  untuk produk koperasi di pasaraya utama Negara ini.

6. Memohon agar kerajaan memperbanyakkan koperasi berbentuk " Distribution Centre (DC)"  mengikut kawasan dan negeri bagi memudahkan proses pengedaran barangan koperasi sehingga ke kawasan pendalaman.

7. Menyokong agar koperasi pemborongan dan peruncitan diiktiraf sebagai sebahagian daripada Sektor Industri Kecil dan Sederhana.

VISI

Menjadi pemangkin pembangunan koperasi dalam bidang perniagaan dan keusahawan profesional melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan menjelang tahun 2020.

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta  meransang penglibatan koperasi  dalam  Sektor Pemborongan dan Peruncitan melalui  pengurusan dan perkhidmatan yang profesional.

PERANAN & FUNGSI SEKTOR

1. Membangunkan pusat pengedaran (DC) koperasi

      - Mengenalpasti koperasi yang berpotensi sebagai DC bagi mengedarkan barangan produk koperasi.

      - Menganalisis, merancang dan mencadangkan pembangunan infra untuk DC dan kemudahan logistik serta forwarding termasuk mewujudkan sistem pengurusan berpusat dan penyimpanan yang efisien.

      - Membangunkan DC dan  kemudahan logistik koperasi yang terpilih.

      - Mengukur prestasi koperasi DC dan logistik secara bulanan dan tahunan.

      - Memantau aktiviti dan operasi koperasi untuk tujuan penambahbaikan.

2. Membangunkan SKU (Stock Keeping Unit) produk koperasi

      - Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk (yang diusahakan oleh anggota) untuk disenaraitapis dan dipilih untuk tujuan pembangunan.

      - Koperasi-koperasi yang telah disenaraitapis akan dipilih untuk program pembangunan produk.

      - Mengemaskini pusat data produk dan membahagikan  produk-produk mengikut kluster dan tahap pengeluaran semasa sebelum dipilih untuk tujuan program pembangunan.

      - Mengukur prestasi jualan hasil produk-produk koperasi secara bulanan dan tahunan.

      - Memantau perjalanan aktiviti pembangunan produk-produk koperasi untuk tujuan penambah baikkan.

3. Membangunkan pusat khidmat usahawan (PKU)

      - Mengenalpasti produk-produk koperasi yang sesuai ditempatkan di pku.

      - Mengenalpasti produk-produk bukan koperasi yang sesuai ditempatkan di PKU.

      - Mempromosi produk-produk keluaran dan edaran koperasi khususnya di bawah bimbingan ANGKASA.

      - Menjadi pusat perdagangan (Trading House) sebelum dipasarkan di pusat-pusat pengedaran (DC) di bawah bimbingan angkasa.

      - Menjadi pusat sehenti untuk produk-produk pengguna untuk kakitangan, anggota lembaga dan koperasi-koperasi.

      - Mengukur prestasi jualan hasil aktiviti promosi dan perdagangan secara bulanan dan tahunan.

      - Memantau perjalanan operasi pusat khidmat usahawan.

4. Membangunkan rangkaian peruncitan koperasi

      - Membangun dan mengemas kini data rangkaian peruncitan dalam dan luar negara

      - Mengenalpasti sistem peruncitan kedai koperasi dan mencadangkan penambahbaikan sistem operasi kedai.

      - Mengenalpasti produk-produk dan penempatan produk-produk koperasi yang sesuai dijual di pasaran dalam dan luar negara.

      - Mengukur prestasi operasi rangkaian peruncitan dalam dan luar negara.

      - Memantau aktiviti dan perjalanan operasi untuk tujuan penambahbaikan

JAWATANKUASA PENERAJU SEKTOR PEMBORONGAN & PERUNCITAN

Klik Untuk Muat Turun

JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMBORONGAN

Klik Untuk Muat Turun

JAWATANKUASA TEKNIKAL PERUNCITAN

Klik Untuk Muat Turun

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

TUAN HAJI. ANUAR BULIN
Pengurus Besar
Sektor Pemborongan dan Peruncitan

Pejabat Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan
 No.110, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6777 Faks: +603 - 7803 2074

E-mel: hjanuar.angkasa@gmail.com / anuar@angkasa.coop

Facebook: http://facebook.com/BahagianPerkhimatanKepenggunaan

DIREKTORI SEKTOR PEMBORONGAN & PERUNCITAN

Klik Untuk Muat Turun

Leave your comments

Comments

  • Guest (Nancy Phillips)

    The works by Mr. Lewis have always attracted me with their topicality, and his civic stand is the reason why I became a specialist in ecology. I am glad that his ideas will be used to change the situation of environment protection in our world.

    0 Short URL:
  • Guest (Russell Hughes)

    I do not support Jerry C. Lewis in everything he does, but his latest ideas and initiatives are really worthy ones. I hope they can be implemented in the world's governmental acts without any difficulties. The issue of climate regulation and environmental protection is now the most critical one.

    0 Short URL: