Audit Dalaman, Pengurusan Risiko & Tadbir Urus

Penstrukturan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audit Dalaman (UAD) telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Bil. 6/2012 (JKK) pada 4hb Julai 2012. Bahagian ini secara khususnya akan melapor terus ke Jawatankuasa Audit Dalaman yang dilantik melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA (JTK).

Pengurusan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus diketuai oleh seorang Pengurus Besar Bahagian, seorang Pengurus, 4 orang Penolong Pengurus dengan jumlah keseluruhan seramai 17 orang kakitangan yang dipecahkan kepada 5 unit berasingan iaitu :

    - Unit Audit Kawalan Dalaman & Pematuhan ISO

    - Unit Audit Pengurusan Kewangan

    - Unit Audit Pengurusan Risiko

    - Unit Integriti

    - Unit Pentadbiran

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

 

VISI

Menjadi entiti sokongan yang efektif dan efisien untuk memacu kecemerlangan ANGKASA dalam gerakan koperasi negara.

MISI

Memperkukuhkan tadbir urus ANGKASA melalui :-

    - Kaedah pengauditan yang lebih sistematik dan profesional.

    - Memaksimakan penggunaan sumber manusia yang efektif dan efisien.

    - Memberikan pengauditan yang berorientasikan fakta / hasil keputusan

    - Memantapkan nilai-nilai murni Integriti di kalangan warga ANGKASA

PELAN STRATEGI BAHAGIAN

1. Pengukuhan Institusi Audit Dalaman ANGKASA

Meningkatkan kompetensi JAD dan kakitangan Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus

    - Meningkatkan infrastruktur selari dengan perkembangan aktiviti ANGKASA.

    - Memantapkan pemahaman tentang peranan dan fungsi Audit Dalaman kepada komuniti ANGKASA

2. Pengauditan Pengurusan Kewangan Yang Efektif dan Efisyen

    - Menghasilkan laporan audit dalaman yang berkualiti dan berkesan.

    - Memastikan cadangan-cadangan audit dalaman yang diluluskan oleh JTK dilaksanakan oleh Pengurusan.

    - Membangunkan sistem penarafan

3. Pematuhan Sistem Pengurusan ANGKASA

    - Membantu ANGKASA mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dalam menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan dalaman dan tadbir urus.

    - Memberi perkhidmatan audit yang cemerlang dan berintegriti bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi ANGKASA.

    - Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian pengauditan antarabangsa secara profesional, bebas serta mengeluarkan laporan yang berkualiti, adil dan saksama

4. Meningkatkan Integriti Komuniti ANGKASA

    - Komitmen mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan ANGKASA dengan mencegah dan mementeras gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan di organisasi.

    - Mendukung prinsip-prinsip integriti badan korporat dalam perniagaan.

    - Pematuhan perkhidmatan ANGKASA dan interaksi dengan koperasi dan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menguggat serta menjatuhkan imej ANGKASA.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK MOHD ISMAIL IBRAHIM
Pengurus Besar
Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko Dan Tadbir Urus

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Audit Dalaman, Pengurusan Risiko Dan Tadbir Urus (Tingkat 5)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7891 Faks: +603 - 7884 6444 E-mel: auditdalam@angkasa.coop / mail.angkasa@gmail.com