Komunikasi Korporat

OBJEKTIF
Memartabatkan imej ANGKASA sebagai badan Apex di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mengetengahkan ANGKASA sebagai ikon dalam penyaluran sumber rujukan koperasi dan masyarakat. Menjadi medium perhubungan ANGKASA secara lebih efektif dan profesional seiring dengan pembangunan teknologi komunikasi semasa.

VISI
Menjadikan ANGKASA sebagai penggerak saluran komunikasi berkesan dalam menyebarluas informasi mengenai kebaikan koperasi dan mempromosi mengenai ANGKASA sebagai badan penggerak kemajuan koperasi dan Gerakan Koperasi di Malaysia agar koperasi berperanan menjalankan kegiatan ekonominya dengan berkesan demi anggotanya.

MISI  

Menjadi bahagian yang mempromosi dan menyebarluas secara berterusan mengenai ilmu koperasi, kegiatan, informasi mengenai koperasi serta ANGKASA dan juga Gerakan Koperasi di Malaysia supaya institusi koprerasi diterima baik secara menyeluruh oleh masyarakat sebagai penggerak utama ekonomi rakyat.

MOTTO
Proaktif, profesional, mesra pelanggan dan meningkatkan citra koperasi

Tugas dan Tanggunjawab Bahagian Komunikasi Korporat

1. Menjadi pusat penyumberan hasil-hasil penulisan dan rakaman audio visual untuk   siaran media ANGKASA

2. Membantu melaksanakan proses komunikasi dan tugasan rasmi ANGKASA berjalan secara profesional dan berkesan selain berperanan sebagai medium penyaluran informasi dalam dan luar negara.

3. Memastikan semua perkara berkaitan dengan pengurusan komunikasi dan juga majlis-majlis rasmi dikendalikan dengan cekap dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan

4. Mempromosikan kegiatan ANGKASA dengan menjemput pihak media untuk membuat liputan mengikut keperluan.

5. Menguruskan soal jawab pelanggan daripada media massa, halaman web rasmi ANGKASA dan dari sumber-sumber lain untuk perhatian dan jawapan.

6. Mengendalikan semua urusan protokol melibatkan pelaksanaan majlis dan petugas berkaitan dalam setiap acara yang dianjurkan ANGKASA.

CARTA ORGANISASI

Unit Media dan Dokumentasi

Unit ini menjadi pusat penyumberan hasil-hasil penulisan untuk siaran penerbitan ANGKASA. Unit ini juga menjalankan tugas pemberitaan untuk penerbitan majalah PELANCAR.

Unit Komunikasi dan Multimedia

Unit ini bertanggungjawab:- 

     1) menyediakan bahan merangkumi grafik, audio, fotografi dan videografi yang diolah menjadi satu produk penerbitan. Unit ini turut menjalankan liputan berita dan penggambaran;

     2) memberi tumpuan kepada  pembangunan laman web rasmi, facebook Web TV ANGKASA dan lain-lain bentuk penulisan serta liputan;

     3) mengendalikan semua tugasan berkaitan pameran, jemputan media, tetamu dan urusan protokol sesebuah majlis yang dianjurkan dan

     4) mempromosikan kegiatan ANGKASA dengan menjemput pihak media untuk membuat liputan mengikut keperluan.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

HAJI BORHAN MAT ARIS
Pengurus Besar 
Bahagian Komunikasi Korporat
Merangkap Pegawai Khas 
Presiden ANGKASA

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat (Tingkat 3)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7872 Faks: +603 - 7884 6489 E-mel: borhan.angkasa@gmail.com