Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani

Menjadikan Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian & Industri Asas Tani gerakan koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar menjelang 2020.

MISI

Memperkasakan koperasi perladangan dan pertanian dengan meingkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan dan pertanian.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan pertanian koperasi menerusi projek pembangunan yang berskala ekonomik (economic of scale) dan bersifat kelestarian (sustainable development).

2. Meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan pertanian koperasi di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

3. Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah sektor perladangan dan pertanian koperasi menerusi pemilikan atau pembelian tanah, pemilikan saham syarikat, dan usahasama (joint venture).

4. Memastikan pembangunan sektor perladangan dan pertanian koperasi berkembang secara mampan, mesra alam dan berupaya mengurangkan kos sara hidup masyarakat.

STRATEGI

1. Pelaksanaan projek-projek perladangan dan pertanian secara berkelompok secara menggabungkan koperasi.

2. ANGKASA bertindak selaku peneraju dan pemudah cara dalam melaksanakan projek.

3. Pelaksanaan projek secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta dengan pihak swasta.

4. Mengadakan rundingan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi keutamaan dalam perolehan tender /  sebut harga / permit / lesen.

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

 b_660_0_16777215_00_images_Perladangan.jpg

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK HASNAN HAJI MUSTAPHA
Pengurus Besar
Bahagian Perladangan dan Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA
Telefon: +603 - 7884 6698 E-mel: hasnan@angkasa.coop / hasnan.angkasa@gmail.com

ENCIK SHAFIEE ALI
Pengurus 
Sektor Perladangan ANGKASA
Telefon: +603 - 7884 6655 E-mel: shafiee64@yahoo.com

ENCIK MUHAMMAD ZUHID JAMALUDIN
Pengurus
Sektor Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA
Telefon: +603 - 7884 6709 E-mel: tikir10@yahoo.com

No.411, Block C
Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
46798 Petaling Jaya, Selangor
Faks: +603 - 7884 6708