Sekretariat & Perhubungan Antarabangsa

Memelihara kelestarian pembangunan dan pengembangan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi.

MISI

1.Memberi perkhidmatan teras yang efisyien dan efektif kepada ANGKASA dan gerakan koperasi negara melibatkan perhubungan keahlian (nasional dan antarabangsa), pengurusan mesyuarat, persidangan dan majlis-majlis rasmi ANGKASA, pentadbiran JPAN serta pengurusan aset.

2. Mewujudkan dan mengekalkan jaringan perhubungan di peringkat nasional dan antarabangsa.

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

1. Bahagian Pentadbiran adalah menjadi sekretariat kepada ANGKASA terutamanya bagi perkara seperti berikut:

    a) Persidangan Negeri (PN),

    b) Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA),

    c) Pengurusan Hal Ehwal Jawatankuasa Tad bir Kebangsaan (JTK) dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN), dan

    d) Pengendalian Mesyuarat JTK dan Jawatankuasa Kerja ANGKASA (JKK).

2. Menjadi penghubung dan penyelaras di antara ahli-ahli koperasi dengan ANGKASA.

3. Menjadi penghubung dan penyelaras kepada pentadiran Pejabat ANGKASA Negeri,

4. Menjadi penghubung dan penyelaras kepada agensi berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan koperasi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan sebagainya

5. Menjadi penghubung dan penyelaras kepada keanggotaan antarabangsa seperti ASEAN Cooperative Organization (ACO), International Cooperative Alliance Global (ICA), ICA Asia Pacific Regional dan badan-badan puncak koperasi daripada negara luar

OBJEKTIF

Objektif Bahagian Pentadbiran adalah untuk meningkatkan keupayaan ANGKASA dari segi pentadbiran dan pengurusan selaras dengan tuntutan semasa dan mencapai KPI yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK HALIM HAJI IBRAHIM
Pengurus Besar
Bahagian Sekretariat dan Perhubungan Antarabangsa

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Perhubungan Antarabangsa ANGKASA (Tingkat 6)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6481 Faks: +603 - 7804 2315 E-mel: halim.6158@gmail.com