MACCOPS 2017

Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia atau singkatannya MACCOPS 2017 akan berlangsung pada 15 November sehingga 19 November 2017 di Sunway Pyramid Convention Centre. Lawati Laman Web Maccops.

MACCOPS buat pertama kalinya diperkenal pada tahun 2014. Initiatif tersebut dibuat oleh ANGKASA dalam usaha untuk memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan kopersi ke peringkat nasional dan antarabangsa di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan gerakan koperasi. Pada tahun 2014, sebanyak 120 buah koperasi telah mengambil bahagian selain agensi kerajaan dan swasta. Jumlah tersebut meningkat kepada 220 buah koperasi pada tahun 2015.

Kapsyen: Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato' Sri Hasan Malek melihat salah satu produk yang dibangunkan di bawah program "100 Product Champion" di MACCOPS 2014 sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA Dato' Abdul Fattah Abdullah dan Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA Dato' Kamarudin Ismail.

Kapsyen: Antara koperasi yang menyertai MACCOPS 2015 di MITI Melaka

Kapsyen: Antara koperasi yang menyertai MACCOPS 2015 di MITI Melaka

Antara kelebihan MACCOPS 2017 adalah:

1) ‘Showbiz’ koperasi yang dianjurkan di dalam negara dengan penyertaan pempamer dari dalam negara termasuk dari negara-negara benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.

2) Menyediakan banyak peluang untuk merangsang penglibatan aktif koperasi dalam mewujudkan hubungan perniagaan Coop to Coop antara koperasi.

3) Perkongsian ilmu dan pendedahan dunia perniagaan melalui aktiviti forum, seminar, demonstari produk dan sembang perniagaan.

‘Embrace The Difference’ (Kesamaan dalam Kepelbagaian) adalah tema yang dipilih bagi menggambarkan semangat kekitaan atau solidariti dan kesamaan melalui berkoperasi. Seperti yang kita maklum, koperasi membangunkan pelbagai aktiviti ekonomi bermula dari sektor pemborongan peruncitan, pelancongan penjagaan diri dan kesihatan, kewangan, hartanah, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan juga telekomunikasi serta inovasi.  Melalui platform MACCOPS 2017, ia dapat disatukan melalui perkongsian nilai, prinsip serta falsafah koperasi. Tujuan yang paling utama adalah untuk membangunkan anggota dari segi sosio, ekonomi dan budaya.

Bagi memastikan matlamat MACCOPS 2017 dapat direalisasikan, berbagai  program menarik telah  disusun antaranya adalah pameran produk dan perkhidmatan koperasi, sesi pemadanan perniagaan (Business Matching) antara koperasi dengan koperasi serta koperasi dengan rakan strategik koperasi, seminar dan ceramah-ceramah perniagaan oleh penceramah tempatan dan antarabangsa, pertunjukkan kebudayaan oleh badan-badan kebudayaan pelbagai budaya dan juga koperasi sekolah, sesi demonstrasi produk dan perkhidmatan yang akan memberi ruang kepada para pempamer untuk mempromosi produk dan perkhidmatan dan beberapa program yang boleh menjadi platform koperasi untuk meluas dan memperkasakan  jaringan pasaran serta kerjasama perniagaan.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai MACCOPS 2017, anda boleh muat turun manual pameran dalam Bahasa Inggeris di sini.