Kerjaya


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia.  ANGKASA melaksanakan program transformasi Koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi.  ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, Koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut:

SETIAUSAHA

Kelayakan dan Pengalaman
• Sekurang-kurangnya Diploma dalam Sains Kesetiausahaan / Kesetiausahaan Eksekutif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Setiausaha dan berkebolehan mengambil trengkas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah satu kelebihan.
• Perwatakan menarik dan bersikap profesional.

Bidang Tugas
• Menjalankan kerja-kerja kesetiausahaan kepada Pegawai-pegawai Kanan ANGKASA.
• Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am pejabat.

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal,  gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor

selewat-lewatnya pada 30 April 2017

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.