Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   Info Angkasa   
  Bahagian ANGKASA
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan IKS dan    Asas Tani
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan   Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pinjaman Pendidikan
   (TAPAK)
   Skim Tabarruk ANGKASA
 
Portal BPA@SOLA.coop
 
Semakan Potongan Gaji BPA
 
E- Pembelajaran


   
  Microsoft Excel
   
  Microsoft Word2000
   
  Microsoft Powerpoint
   
  Microsoft Outlook

 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 
 
 

 

'Dakwaan ANGKASA Dapat Komisen Rm8.1 Bilion Setahun Tidak Berasas'(Temu Bual Bersama Yang Dipertua ANGKASA)

APAKAH ANGKASA maklum mengenai hasrat Cuepacs ini sebelum ia diumumkan secara terbuka.

Kami tidak tahu... Koperasi Cuepacs menggunakan khidmat ANGKASA memungut bayaran yuran keahlian dan premium insurans ahlinya sejak 1985, manakala Cuepacs guna khidmat kami sejak 2003. Walaupun Cuepacs bukan koperasi, kita kenakan caj perkhidmatan satu peratus saja. Kita tak caj ahli Cuepacs, kita caj Cuepacs sebab minta kita pungut bayaran untuknya. Sebenarnya dari dulu lagi Cuepacs boleh pungut sendiri kalau dia mahu.

Melihat kepada sejarah, Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) diwujudkan pada 1977 apabila kerajaan tidak mampu mengurus potongan tidak wajib kakitangannya kerana desakan kerja yang begitu banyak. ANGKASA pada masa itu mengambil inisiatif menyelamatkan koperasi kredit milik kakitangan kerajaan dengan menawarkan untuk mengambil alih bagi menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, semua koperasi kredit bermasalah. Kerajaan setuju, malah minta ANGKASA pungut yuran kelab dan kesatuan, pelaburan Amanah Saham Bumiputera, insurans dan lain-lain. ANGKASA akur walaupun jumlah kutipan hanya RM1 sebulan seorang. ANGKASA bertanggungjawab menjaga kepentingan gerakan koperasi termasuk koperasi kredit yang rata-rata dianggotai kakitangan kerajaan. Adakah ini (menjaga kepentingan koperasi) kerja Cuepacs?

Pernahkah ANGKASA menerima rungutan atau aduan daripada kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan potongan gaji yang diberikan.

ANGKASA melaksanakan sistem pengurusan berkualiti mengikut piawai ISO 9001 sejak 1999, diaudit serta diperbaharui setiap tahun. Setakat ini kita mencapai 97 peratus daripada semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan. Kita ada proses kerja standard. Untuk menghentikan potongan bulanan, kalau koperasi atau Cuepacs tidak memberitahu ANGKASA, arahan itu tidak dapat dimasukkan dalam sistem. Kalau ada maklumat, dalam tempoh sebulan potongan akan dihentikan. Contohnya, jika arahan diterima sebelum 10 Julai, potongan akan dihentikan Ogos.

Jika ada ahli Cuepacs merungut kerana kelewatan menghentikan potongan, ini kerana arahan lewat diterima ANGKASA. Semua koperasi dan organisasi pelanggan BPA lain tahu hal ini. Kalau peminjam ada masalah, dia boleh mengadu kepada kami, kita ambil tindakan serta-merta. Kita ada Bahagian Peyakin Keselamatan yang melihat masalah macam ini dan selesaikan. Mengenai tuduhan apabila pelanggan mahu bersara atau berhenti, bayaran balik keahlian hanya dibuat ANGKASA selepas enam bulan atau setahun, tiada aduan diterima bahawa kita gagal menghentikan potongan sehingga enam bulan.

Berdasarkan pengalaman ANGKASA, adakah Cuepacs berupaya mengambil alih kerana tanggungjawab ini besar dan memerlukan komitmen tinggi.

Pada hemat saya pun begitu. Moto di ANGKASA ialah Sadik, Amanah dan Telus. Kita jamin wang ahli tidak hilang. Kita mengurus 2.7 juta rekod sebulan atau 1.2 juta peminjam. Peralatan komputer bernilai RM7 juta, sekarang potongan gaji hampir 100 peratus secara elektronik, melainkan pelanggan yang tak mampu. Ada 187 kakitangan mengendalikan sistem ini, sebahagiannya bekerja syif sehingga 1 pagi. Selain pelindung sistem komputer, ada empat jawatankuasa dalaman mengawal dan mengurus risiko, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Kewangan juga memantau. Kita ambil langkah menguatkuasakan had potongan gaji tidak lebih 60 peratus supaya kakitangan kerajaan ada baki gaji untuk dibawa balik. Koperasi boleh semak dalam sistem kita kelayakan ahlinya sebelum meluluskan pinjaman. Kita ambil tindakan tegas terhadap koperasi, ejen atau peminjam yang menipu dengan memalsukan dokumen, maklumat dan lain-lain. Kita bantu kesan kakitangan awam yang tidak bayar hutang koperasi. Kalau Cuepacs bercadang mengambil alih kerja ANGKASA, saya kira mereka sudah mengambil kira semua keperluan ini.

Benarkah dakwaan ANGKASA dapat komisen RM8.1 bilion setahun, termasuk 50 peratus yang disumbangkan kakitangan awam.

Ia tidak berasas... cuba kira berapa potongan untuk kita dapat jumlah itu. Katalah kita pakai kadar didakwa Cuepacs iaitu 2.5 peratus, kami kena pungut RM26.6 bilion sebulan atau RM319.2 bilion setahun untuk dapat RM8.1 bilion. Adakah gaji pekerja sebanyak itu? Cuepacs kata separuh pelanggan ANGKASA kakitangan awam, bermakna setiap tahun ANGKASA pungut RM159.6 bilion daripada mereka. Berapa banyak gaji kakitangan kerajaan? Dengarnya hanya sekitar RM2 bilion sebulan. Maklumat ANGKASA tidak rahsia dan kami badan puncak atau gabungan koperasi diiktiraf oleh kerajaan di bawah undang-undang negara. Kita tersenarai 10 koperasi terbaik negara. Setiap tahun mesti buat mesyuarat agung, ahli sebanyak 3,800 koperasi diberi laporan tahunan... semua maklumat ada. Bagi 2007/2009, komisen keseluruhan pelanggan BPA ialah RM49.7 juta, manakala lebihan pendapatan ANGKASA RM4.6 juta. Pendapatan itu dibelanjakan untuk anggota dalam bentuk perkhidmatan percuma, 40 peratus untuk perkhidmatan pendidikan, latihan dan pembangunan usahawan termasuk koperasi dewasa dan 20 peratus untuk menjalankan BPA. Sila rujuk perkhidmatan ANGKASA dalam laman web kami. Kita tidak bayar dividen atau sagu hati kepada ahli lembaga, hanya elaun bila bertugas, manakala insentif kakitangan juga tidak berlebih-lebihan.

Ada dakwaan ANGKASA tidak menyumbang `apa-apa' kepada kakitangan awam di sebalik menjana pendapatan besar daripada mereka.

Saya nasihat mereka tanya pelajar yang kita didik menjadi warga berguna melalui koperasi sekolah, tanya wanita yang kita latih menjalankan Taska, mengeluarkan kerepek, menjadi pemimpin, pelajar universiti yang kita beri biasiswa atau pinjaman, koperasi yang diberi khidmat pemulihan atau menerima secara percuma perisian perakaunan. Semak bilangan yang hadir kursus wajib, program pelancongan koperasi sekolah, seminar, latihan keusahawanan dan lain-lain. Kakitangan awam menerima perkhidmatan dari koperasi mereka yang kelangsungannya dijaga oleh ANGKASA.

Kita cuma caj 0.6 peratus kalau koperasi itu ahli ANGKASA, manakala bukan koperasi antara satu hingga dua peratus. Tujuan ANGKASA tidak untuk cari untung, sebaliknya bantu masyarakat melalui koperasi. Sebagai contoh, mulai tahun ini untuk permulaan, ibu bapa di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dapat membeli pakaian dan lain-lain peralatan sekolah sehingga 60 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Ini semua khidmat sosial ANGKASA.

Cuepacs menyatakan hasratnya untuk ambil alih perkhidmatan ini kerana mahu memastikan kakitangan awam bijak menguruskan perbelanjaan dan pinjaman mereka.

Kakitangan kerajaan tidak bijak urus kewangan? Apa jaminan jika gaji dipotong oleh Cuepacs mereka jadi lebih bijak berbelanja? Kerajaan buat pelbagai kursus dan kempen. Mulai tahun ini, ANGKASA dapatkan kerjasama Bank Negara untuk anjur seminar mengenai kesihatan dan pendapatan wanita serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pengurusan kewangan keluarga. Itu khidmat tambahan kita kepada masyarakat.

Apakah kesan daripada langkah Jabatan Akauntan Negara membuka tawaran perkhidmatan potongan gaji kepada bank dan syarikat kewangan tempatan.

Melihat sejarah bermulanya perkhidmatan ini dan tugas sosial ANGKASA terhadap ahlinya, saya kira tidak wajar ANGKASA melepaskan perkhidmatan ini. Niat memberi alternatif itu baik, tetapi kena sedar untung koperasi balik kepada ahli, untung bank ke mana? Langkah Jabatan Akauntan Negara akan melemahkan gerakan koperasi dan tidak selari dengan dasar kerajaan. Koperasi kredit dan perbankan tulang belakang gerakan koperasi. Kira-kira 70 peratus sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan datang daripada koperasi jenis ini. Kalau ANGKASA kurang pendapatan, perkhidmatan membangunkan koperasi tidak dapat dibuat dan yang rugi ialah gerakan koperasi.

Sumber : Berita Minggu, 2 Ogos 2009

<< Kembali

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001