Unit ini telah diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan Dan Keusahawanan Koperasi pada Mac 2013 dan berfungsi melaksanakan program-program promosi dan pembangunan produk-produk koperasi yang berpotensi untuk memasuki pasaran.
Berdasarkan fungsi di atas, unit mengambil inisiatif untuk membentuk program yang membantu koperasi-koperasi dan usahawan koperasi. Program ini dirancang perlaksanaannya dalam 3 Fasa iaitu :
Fasa 1 : Pemilihan dan pendidikan pembangunan produk.
Fasa 2 : Penilaian, penyelidikan dan pembangunan produk.
Fasa 3 : Promosi dan Penempatan produk dalam pasaran.


Tujuan
Program ini dilaksanakan antara lain bertujuan untuk :

  • Memainkan peranan dalam program-program yang membantu memartabatkan produk dan perkhidmatan koperasi ke tahap yang lebih baik.
  • Memainkan peranan sebagai pemudahcara antara koperasi dengan pihak ketiga seperti konsultan latihan , agensi pembangunan produk dan perkhidmatan dan jaringan pasaran (bagi produk yang terpilih mengikut kriteria yang disediakan).
  • Mengumpulkan maklumat sebagai sumber pengkalan data usahawan koperasi yang mendapatkan perkhidmatan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan Koperasi.

Objektif

  • Mewujudkan kesedaran dan pendedahan kepada peserta koperasi berkaitan penilaian terhadap produk mereka dan status produk peserta mengikut permintaan pasaran.
  • Memberi pendedahan tentang ilmu perniagaan dan keusahawanan secara teknikal dan berfokus kepada para peserta.
  • Menyelaras kerjasama baik antara anggota dan koperasi dalam pengurusan perniagaan berkaitan produk terpilih antara kedua-dua pihak agar mendapat manfaat menang-menang.
  • Melaksanakan program-program promosi bagi produk-produk terpilih untuk mendapatkan tempat dalam pasaran.

Kaedah Perlaksanaan
Kaedah perlaksanaan adalah mengikut fasa yang disebutkan di atas iaitu :


FASA 1 : PEMILIHAN DAN PENDIDIKAN PEMBANGUNAN PRODUK.
Program dalam fasa ini dirancang dan dilaksanakan mengikut pembahagian 4 elemen asas penerapan ilmu pembangunan produk dan perkhidmatan iaitu :

  • Mengenalpasti produk dan perkhidmatan
  • Membungkus dan melabel produk dan perkhidmatan
  • Menjenamakan produk dan perkhidmatan
  • Memasarkan produk dan perkhidmatan.

FASA 2: PENILAIAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK.
Fasa 2 melibatkan penilaian produk-produk peserta untuk dipilih bagi menjalani program penyelidikan dan pembangunan. Fasa ini akan dilaksanakan dengan penglibatan kepakaran dari pihak agensi penyelidikan dan pemain industri . Sebanyak 12 buah koperasi telah memohon melalui program percubaan pada tahun 2013 untuk menilai potensi produk mereka bagi memasuki Fasa 2.

Program yang akan dilaksanakan untuk 12 buah koperasi yang telah memohon
adalah seperti berikut :

  • Program Kesedaran Usahawan : telah dilaksanakan pada 17/10/2013
  • Pemantauan dan penilaian oleh agensi R&D
  • Saringan peringkat pembangunan oleh agensi R&D
  • Pemilihan produk dan koperasi yang layak.
  • Program pengurusan perniagaan :
    • Kesediaan koperasi menjadi pengeluar ,pengedar atau rakan kongsi secara komersil (minit mesyuarat).
    • Kontrak perjanjian atau persefahaman antara koperasi dan pengusaha sekiranya status produk adalah edaran koperasi sahaja.
  • Pembangunan produk koperasi mengikut peringkat berdasarkan kelayakan produk.
  • Penempatan pasaran berdasarkan kriteria produk yang dibangunkan oleh agensi R&D.

FASA 3: PROMOSI DAN PENEMPATAN PRODUK DALAM PASARAN
Dalam fasa ini, Unit bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program-program promosi bagi produk-produk koperasi yang termasuk dalam program pembangunan produk dan juga yang tidak termasuk dalam program ini. Produk-produk akan dikelaskan berdasarkan pemilihan dalam Fasa 1.

Produk-produk yang melalui Fasa 1 akan juga dilihat potensinya untuk pembelian dalam program promosi sebelum mendapatkan penempatan dalam pasaran.
Program Promosi bermaksud:

  • Pembelian produk-produk dengan perbelanjaan yang diperuntukkan oleh dana Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb).
  • Unit menyertai pameran dan jualan dalam program-program anjuran ANGKASA dan jemputan dari lain-lain agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (ikut keperluan).
  • Menganjur sesi pengenalan produk (sekurang-kurangnya sebulan sekali) kepada koperasi-koperasi ahli ANGKASA.
  • Pusat Perkhidmatan Usahawan di ANGKASA, UUM dan R & R Tapah (Selatan).


Telefon : 03 7884 6681 / 03 7884 6606 / 03 7884 6682 /03 7884 6630
Facebook : Bahagian Pembangunan Perniagaan Dan Keusahawan ANGKASA

HUBUNGI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
The National Co-operative Movement of Malaysia

Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor

Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Web : www.angkasa.coop

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Lot 496 . Tingkat 1 . Seksyen 6
KTLD . Jalan Kulas
93400 Kuching . Sarawak

Tel : +6082 239 403 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-----------------------------------------------

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13 . Lorong Grace Square
Jalan Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu . Sabah

Tel : +6088 244 543 (General Line)
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PERTANYAAN ANDA

CAPTCHA
Joomla forms builder by JoomlaShine
Go to top