| Secara global berjuta-juta
e-mel dihantar dan diterima pada setiap hari. Kebanyakan daripada
e-mel ini hanya mengandungi teks sahaja. Sesetengah daripadanya
mengandungi lampiran. Lampiran bersama ini mungkin terdiri daripada
imej atau fail data seperti dokumen word, spreadsheet,
pangkalan data (database) atau fail-fail grafik.
Sebelum anda boleh menghantar dan menerima e-mel,
anda perlu memasang pakej perisian e-mel. Antara perisian e-mel
yang terkenal ialah Microsoft Outlook, Outlook Express, Pegasus
dan Eudora.
Apabila sebuah pesanan e-mel dihantar, anda
tidak boleh memastikan yang penerima itu akan menerimanya. E-mel
ini perlu melalui beberapa komputer (server) sebelum
ianya sampai ke komputer yang dikenali sebagai server-mel.
Pesanan itu akan disimpan di sini sehingga penerima
itu memeriksa dan mendapatkan pesanan tersebut.
Pesanan-pesanan e-mel akan sampai ke tempat
yang dihantar dalam beberapa saat sahaja bergantung kepada laluannya.
Kalau sesuatu komputer tersebut rosak, pesanan itu akan dihantar
ke komputer lain dan disimpan untuk dihantar kemudian. Ini mungkin
melambatkan proses penghantaran pesanan anda.
Keselamatan e-mel tidak terjamin. Pesanan boleh
di pintas oleh postmaster dan pentakbir sistem oleh itu
ianya tidak boleh mengandungi kandungan yang sensitif. Setiap
hari berjuta-juta pesanan dihantar dan tidak mungkin mana-mana
pesanan tersebut akan dipintas dan dibaca.

|