Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
  
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan Usahawan
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
   Amanah Saham ANGKASA
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 
 

APA ITU .coop

.coop adalah satu domain peringkat tinggi yang mana ia adalah hanya untuk pertubuhan-pertubuhan koperasi seluruh dunia. Domain ini dibekalkan oleh DotCoop dan telah diluluskan oleh Sebuah badan yang disebut "Names and Numbers" (ICANN) Internet Corporation pada 16 November 2000 merujuk kepada cadangan kertas kerja bersama oleh NCBA dan Poptel. Cadangan Kertas kerja ini telah disokong oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA).

Domain .coop telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Januari 2002. Ia dilabelkan sebagai domain peringkat tinggi "Top Level Domain" (TLD) yang bermakna ia adalah setaraf dengan domain-domain seperti .com, .org dan .net serta domain-domain utama dunia.

DotCooperation LLC adalah syarikat yang menguruskan domain .coop ini di mana ia adalah sebuah anak syarikat yang dilantik oleh NCBA. DotCoop telah menetapkan satu polisi kelayakan dan pengesahan kepada badan-badan koperasi yang ingin mendaftar domain .coop. DotCooperation LLC juga akan menyediakan khidmat sokongan terutama berkaitan pengoperasian dan teknikal termasuk pusat pertolongan teknikal atau "help center" untuk domain .coop.

SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENDAFTAR .coop?

Domain .coop ini telah ditetapkan hanya kepada badan-badan koperasi dan juga pertubuhan yang memberi perkhidmatan berkonsep koperasi di seluruh dunia. Kriteria ini telah dipersetujui oleh NCBA dengan disokong oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), ia penting untuk membolehkan domain peringkat tinggi ini memenuhi kriteria yang telah dipersetujui.

Di Malaysia, NCBA telah melantik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) sebagai agen pengesahan & Kelayakan untuk koperasi-koperasi gabungan mendaftar domain .coop.

Penggunaan domain .coop di kalangan pertubuhan dan badan koperasi akan memberi satu identiti dan satu penyatuan ikatan koperasi seluruh dunia di bawah satu domain.

Dengan himpunan 28 juta domain seperti .coms, nets dan orgs, penggunaan domain .coop ini adalah sesuatu yang terbaik untuk menampilkan identiti dan imej koperasi anda ke arah satu penyatuan dan satu pegangan konsep koperasi seluruh dunia. Di samping itu ia juga penting untuk membezakan sesebuah badan koperasi itu dengan syarikat, badan ataupun apa sahaja pertubuhan yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan normal berbeza dengan amalan dan konsep koperasi.

Kesimpulannya, penggunaan domain .coop ini akan memberi satu identiti baru dan penyatuan kepada badan-badan koperasi dunia tidak kira ia bersaiz koperasi kecil mahupun besar dan koperasi-koperasi juga boleh memajukan konsep, idea dan perkhidmatan menerusi internet selain memanfaatkan kewujudan IT dan ke arah menyahut keperluan semasa dunia.

PERTANYAAN & PERMOHONAN

Segala pertanyaan mengenai domain .coop boleh berhubung terus ke alamat dan nombor telefon tertera atau memajukan ke emel apex@angkasa.coop atau shidi@angkasa.coop

Pusat Teknologi Maklumat ANGKASA, Aras 2
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya,
46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(Noorashidi Nazari)

Tel: 03-78007889/7834


   

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop