Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
  
Bahagian 4P   
  Bahagian ANGKASA
   Bahagian B4P 
   Bahagian Kewangan
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
  (TAPAK)
   Amanah Saham ANGKASA
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 
 
Portal BPA@SOLA.coop
 
Semakan Potongan Gaji BPA
 

 

PELAJARAN, PENERANGAN, PENERBITAN DAN
PERKHIDMATAN (B4P)

Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P) atau lebih dikenali sebagai Bahagian 4P yang bertanggungjawab melaksanakan kegiatan-kegiatan pendidikan ANGKASA dengan tujuan-tujuan seperti berikut :

  • Mengembangkan prinsip-prinsip, amalan koperasi dan bekerjasama dengan pihak kerajaan demi kepentingan pembangunan negara sebagaimana terkandung dalam Manifesto Koperasi ANGKASA.

  • Menyedia dan memberi perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang dan komputer untuk kepentingan anggota-anggotanya dan Gerakan Koperasi amnya.

  • Memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi dan ilmu perniagaan dan perusahaan.

  • Membantu kerajaan untuk menggalak dan mengembangkan Gerakan Koperasi dalam Malaysia.

  • Menggalakkan penyelidikan dan pengkajian mengenai hal ehwal serta masalah-masalah yang berkaitan dengan Gerakan Koperasi

Untuk mencapai matlamat tersebut, maka Bahagian 4P dipertanggungjawab menjalankan tugas-tugas dalam bidang pendidikan seperti berikut :

  • Menganjur konvensyen, kongres, persidangan, seminar, kumpulan belajar lawatan sambil belajar, kursus, ceramah dan sebagainya.
  • Mengeluarkan akhbar, majalah, risalah dan lain-lain bahan pendidikan dan penerangan.
  • Mendapat dan mengumpul laporan-laporan daripada anggota dan koperasi dan mengedarkannya untuk kegunaan dan faedah anggota-anggota.
  • Mengada atau menganjurkan rancangan-rancangan pendidikan dan penerangan.

JAWATANKUASA KERJA BAHAGIAN

Bahagian ini adalah di bawah satu Jawatankuasa Kerja yang dianggotai oleh :

  • Pengerusi - Dilantik oleh Jawatankuasa Tadbir

  • Ahli-Ahli - Dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
    Dari kalangan :JKT (4 orang)

  • Agensi Kerajaan : 1. JPK ( 1 orang) 2. Kementerian Pelajaran (1 orang)

Turut dijemput hadir dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan ialah Pengurus Umum, Bendahari Eksekutif dan Setiausaha Eksekutif.

Jawatankuasa Kerja ini adalah bertanggungjawab merangka, membentuk dan menetapkan dasar, menentukan bidang-bidang serta garis-panduan perjalanan Bahagian.

    Jawatankuasa Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan Dan Perkhidmatan (JB4P)
  1. Pn. Hjh. Armi Hj. Zainudin - Pengerusi
  2. Tn. Shaik Ismail Md. Allapichay
  3. Tn. Hj. Munir Badrul Jamil
  4. Tn. Hj. Mohamed Jais Hassan
  5. Tn. Hj. Usuf Hj. Samah
  6. Tn. Hj. Mohd Zahidi Hj. Husain
  7. Tn. Hj. Abdul Aziz Hj. Abdullah
  8. En. Abd. Aziz Abd Karim
  9. Tn. Hj. Ismail Nordin
  10. Tn. Hj. Md. Ali Ahmad (Pengurus Pelajaran) - Setiausaha
    Turut Hadir (Ex-Officio)
  1. Pn. Hjh. Mariam Mat Nor (Wakil SKM)
  2. Pn. Hjh. Raja Maimon Raja Yusof (Wakil MKM)
  3. Pn. Ee Hong (Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia)
  4. Tn. Hj. Nasir Khan Yahaya (Pengurus Umum)
  5. En. Mohammad Zamri Hj. Yaacob (Setiausaha Eksekutif)
  6. En. Suresh Kumar Kaur Chand (Pengurus Kewangan)

KAKITANGAN

Pengurusan B4P diketuai oleh seorang Ketua Bahagian dengan 105 orang kakitangan termasuk 18 orang kakitangan kontrak ditempatkan di Unit PEKA.

Semua kursus dikendalikan oleh 37 orang pensyarah termasuk seorang di Sabah dan seorang di Sarawak. Selain pensyarah tetap, Bahagian 4P juga menggunakan perkhidmatan 57 orang penceramah undangan yang mahir dalam bidang koperasi dan lain-lain bidang profesional.

Carta Organisasi Bahagian 4P [Sila Klik]

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop