Ruj kami: AKKM: 1/7/3 Jld. 5 (29)

 

31 Mei 2017

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 05/ 2017

SEMAKAN PENYATA GAJI DARI PORTAL JABATAN AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA (JANM) DAN PENGGUNAAN LAPORAN SPeKAR

Sebagai langkah kawalan tambahan kepada isu potongan gaji maksimum 60%, pelanggan potongan gaji ANGKASA dikehendaki meminta bakal peminjam membuka slip gaji melalui portal JANM http://www.anm.gov.my dan mengesahkan bahawa slip gaji telah dilihat. Satu salinan slip gaji perlu dihantar kepada ANGKASA untuk sebarang arahan potongan baru tanpa mengira amaun potongan.

Pelanggan BPA ANGKASA juga dicadangkan supaya menggunakan laporan SPeKAR, khususnya menu SPGA bagi menyemak potongan sedia ada dan potongan 'in-transit' bagi memastikan perkiraan had kelayakan potongan maksimum 60% gaji dapat dipatuhi sepenuhnya. Pelanggan yang menggunakan laporan SPeKAR akan diberi keutamaan bayaran bagi kes terimaan potongan yang tidak mencukupi selepas ini.

Arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

Sekian, terima kasih.