PERTANDINGAN PENGHIJAUAN MALAYSIA: KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK KOPERASI SEKOLAH
PEMAKLUMAN: TARIKH TUTUP PERTANDINGAN DILANJUTKAN
Sukacita dimaklumkan tarikh tutup Pertandingan Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan telah DILANJUTKAN SEHINGGA 30 NOVEMBER 2023 bagi memberi peluang kepada koperasi sekolah untuk meneruskan aktiviti penanaman pokok dan merekodkan penanaman tersebut.
Masih ada masa untuk jayakan kempen 1 Koperator, 1 Pokok bagi mencapai penanaman sejuta pokok koperasi yang diterajui oleh ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara.
Pertandingan Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Program ini dianjurkan sebagai salah satu komitmen ANGKASA dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam dasar dan strategi ANGKASA serta menyokong inisiatif United Nation (UN) Decade on Ecosystem Restoration 2021-2030
Muat turun Terma dan Syarat Pertandingan
Muat turun Siaran Media Pertandingan
Daftar Google Form Pertandingan