BAHASA MELAYU | ENGLISH
|
ANGKASA telah ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. Pada 12 Mei 2021, ANGKASA akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi sambutan ini, anda boleh mendapatkan Manual Identiti Korporat Jubli Emas ANGKASA 2021 dan memuat turun video lagu "Sepakat Membina".
Persidangan Negeri untuk tahun 2021 akan diadakan pada 2 Mac 2021 hingga 10 April 2021. Untuk pendaftaran secara dalam talian dan semakan perwakilan, sila klik di sini. Untuk maklumat lanjut, sila tekan butang 'Selanjutnya'.
ANGKASA mempelawa koperasi-koperasi menjadi ahli ANGKASA. Koperasi yang menjadi ahli ANGKASA bakal mendapat keistimewaan seperti pendidikan/latihan, pembangunan perniagaan, perkhidmatan pembiayaan dan perkhidmatan ICT.
‘Program Pembekalan Barangan Asas 100’ atau lebih dikenali sebagai BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan.
ANGKASA berbesar hati menawarkan penghargaan berupa insurans Personal Accident (PA) percuma berjumlah RM20,000 dan Takaful PA percuma berjumlah RM50,000 kepada pelanggan individu Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
Pelan Strategik ANGKASA (2017 – 2050) dirangka dan disusun bagi mencapai halatuju ANGKASA 2050. Dengan Visi ANGKASA sebagai Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi, empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu Tonggal Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 7884 6400
Faks: +603 7804 2315
E-mel: apex@angkasa.coop
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah, Lot 433, Seksyen 65, KTLD
Jalan Matang, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: +6082 536 092 / 511 528 (JPAN)
Faks: +6082 536 062 (JPAN)
E-mel: jpn_sarawak@angkasa.coop (JPAN)
Tel: +6082-239 401 / 402 (Potongan Gaji)
E-mel: sarawak@angkasa.coop (Potongan Gaji)