Laman Web Rasmi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
   Profail dan Organisasi - Badan Puncak Koperasi   
   Organisasi ANGKASA
   Sejarah & Objektif
   Pengurusan ANGKASA
   Aktiviti & Kegiatan
   Organisasi & Carta
   Badan Puncak Koperasi
 
   Bahagian 4P  
   Bahagian Kewangan
   Pembangunan Usahawan
 
  Perkhidmatan ANGKASA
  Pendidikan B4P
   Kursus Wajib
   Pendidikan Ahli
   SEKKOP 1 2 3
   Khidmat Runding (PEKA)
   Pelancongan Koperasi
   Sekolah (PKS)
  Khidmat Urusan   Potongan Gaji BPA
   Khidmat Potongan Gaji
   Sistem Online ANGKASA
   Pekeliling Koperasi
  Perkhidmatan Lain
   Pinjaman Pendidikan
   Amanah Saham ANGKASA
 
  Direktori ANGKASA
   Direktori ANGKASA Negeri
   PETA Lokasi ANGKASA
   Direktori E-mel ANGKASA
 

 

BADAN PUNCAK KOPERASI

Persidangan Kebangsaan & Negeri

Persidangan Kebangsaan ANGKASA yang diadakan pada setiap tahun, memilih Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan tiga orang Naib Yang DiPertua mengikut kehendak Undang-Undang Kecil ANGKASA. Mereka ini gugur mengikut giliran seperti yang dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993.

Seramai 10 orang lagi anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan adalah terdiri daripada 10 orang Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang dipilih pada Persidangan Negeri berkenaan. Empat negeri lagi diwakili oleh Timbalan Yang DiPertua dan tiga Naib Yang DiPertua dari negeri berkenaan.

ANGKASA ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa tertinggi dikenali sebagai Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) seramai 15 orang. Ianya terdiri daripada seorang Yang DiPertua, seorang Timbalan Yang DiPertua dan tiga orang Naib Yang DiPertua dan 10 orang Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

Selain 15 orang ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ada 2 orang wakil Kerajaan, masing-masing seorang dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan seorang lagi mewakili Kementerian Kewangan. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA diadakan tiga bulan sekali atau seberapa kerap yang perlu.

Persidangan Peringkat Negeri diadakan terlebih dahulu sebelum Persidangan Kebangsaan ANGKASA. Persidangan Negeri antara lain memilih Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) berkenaan, seramai 12 orang. Mereka yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa ini pula memilih Pengerusi, Setiausaha dan/atau Bendahari.

Satu pertiga anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri gugur pada setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA seperti yang tersebut di atas.

JKT melantik satu Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) yang terdiri daripada lapan orang anggota JKT dan tiga orang Eksekutif. JKK ini bermesyuarat sebulan sekali.

JKK akan melantik beberapa Jawatankuasa Kecil bagi membantu dan mengawasi Bahagian-Bahagian yang ada di ANGKASA seperti Jawatankuasa BPA,Jawatankuasa B4P dan Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan (JKP), Jawatankuasa Penyelaras JPN, JAD, Perlantikan dan Tender (JPPT), Jawatankuasa Ketrampilan Wanita (JKW), Jawatankuasa Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) dan Jawatankuasa Tabung Amanah Wisma ANGKASA Negeri (TAWAN). Jawatankuasa-Jawatankuasa ini bermesyuarat pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pengisytiharan ANGKASA Sebagai Badan Puncak Koperasi

 


Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 ke atas dengan resolusi 800x600
All rights reserved for ANGKASA. Copyright © 2001
webmaster@angkasa.coop