AMANAH SAHAM ANGKASA (ASA)
AMANAH SAHAM ANGKASA telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 April 1998 di Wisma Ungku A. Aziz dengan saiz tabung dibenar adalah sebanyak 300 juta unit. ANGKASA telah melantik Pelaburan Johor Berhad (PJB) sebagai Pengurus Dana dan Amanah Raya Berhad (ARB) selaku Pemegang Amanah.
Matlamat Penubuhan ASA
- Pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang yang selamat serta berupaya menghasilkan pulangan stabil
- Menanam sifat menabung dan melabur.
- Peluang menambah sumber pendapatan kepada koperasi.
Pada bulan Oktober 1999, pihak Suruhanjaya Sekuriti telahpun memberi kelulusan pelaburan secara individu kepada ahli-ahli koperasi, ahli ANGKASA, termasuk juga pelajar sekolah. Koperasi ahli ANGKASA dan anggota boleh membuat pelaburan minima 100 unit di kaunter operasi PJB atau melalui pos.
Objektif pelaburan ASA adalah untuk memberi pelabur-pelabur pendapatan pada paras risiko yang wajar dan peningkatan ke atas nilai modal melalui pelaburan di dalam sekuriti yang diniagakan di pasaran tempatan dan luar negara mengikut peruntukan di dalam Suratikatan, Garispanduan, Peraturan dan Undang-Undang Sekuriti.
Jenis Dana
ASA adalah sebuah skim unit amanah pertumbuhan dan pendapatan yang menumpukan pulangan dari kedua-dua aspek kenaikan modal dan pendapatan daripada pelaburan Dana.
Kategori Dana
ASA dikategorikan sebagai skim unit amanah ekuiti yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.
Siapa Yang Layak Melabur Di Dalam ASA
- Koperasi-koperasi yang telah berdaftar sebagai ahli ANGKASA.
- Ahli-ahli individu koperasi yang telah berdaftar sebagai ahli ANGKASA.
- Ahli-ahli individu koperasi yang berumur lebih 18 tahun
- Pelabur remaja yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun.
- Pekerja-pekerja yang bekerja dengan koperasi tetap bukan menjadi ahli kopersi.
Pelabur Remaja
- Pelabur remaja yan berumur di antara 1 hingga 18 tahun
- Menjadi ahli kopersi sekolah yang berdaftar dengan ANGKASA
- Pelaburan atas nama ibubapa/penjaga yang sah.
- Pelabur remaja yang genap usia 18 tahun : Status pelaburan akan bertukar dari Akaun Pelabur Remaja kepada Akaun Pelabur Dewasa.
Pertanyaan dan Permohonan
Segala pertanyaan boleh berhubung terus ke alamat dan nombor telefon tertera atau memajukan ke alamat emel operasi@pjb.jcorp.com.my
AMANAH SAHAM ANGKASA (ASA)
Diuruskan oleh Peburan Johor Berhad (PJB)
(Syarikat Di Dalam Kumpulan Johor Corporation)
Tingkat 10 Menara johor corporation
Kotaraya 8000 Johor Bahru.
No. Telefon : 07-223 0350